Pengguna Heckler_&_Koch_MP7

  • MP7A1 dengan bidikan dot merah reflex Zeiss RSA dan modul pancaran laser LLM01.
  • Polis Kementerian Pertahanan British meronda di London dengan MP7-SF.
  • MP7A1.
  • Polis MoD melakukan Latihan Pengeledahan di atas Kapal Perang.
  • Pegawai Polis MOD dilapangan bersama MP7-SF dalam pakaian CBRN.
  • MP7A1 dengan penyenyap, kelopak tambahan, dan pembidik reflex Elcan.
  • Penyelam Tentera Laut DiRaja Malaysian PASKAL bersedia di Kuala Lumpur bersama MP7A1.
  • Pihak Bundeswehr (Tentera Darat Jerman) mula menggunakan MP7 jumlah yang tinggi, selepas digunakan oleh pasukan tentera elit Jerman iaitu unit Kommando Spezialkräfte (KSK). Tentera Jerman turut menggunakan senjata ini di Afghanistan semasa rondaan di Kabul. MP7 ini merupakan projek masa hadapan bagi unit infantri Jerman.
  • Pada tahun 2005, MP7 menjadi senjata utama bagi pasukan polis Ministry of Defence dari Britain sebagai pilihan utama pasukan mereka. Memandangkan senjata ini amat ringan dan mampu menghasilkan tembakan yang amat tepat dalam jarak dekat, adalah menjadi penyebab pasukan ini memilih senjata tersebut.
  • MP7 juga turut menjadi senjata utama bagi pasukan pengaman PBB selain G36K, MP5, senapang patah Benelli dan Glock 19.
  • MP7 juga digunakan oleh unit elit polis Republik Korea Selatan iaitu Special Weapon Attack Team (KNP SWAT) dan Coast Guard Sea Special Assault Team (SSAT) bagi pengoperasian unitnya selain MP5, UMP, USP, P7M13.
  • MP7 dikatakan mampu menggantikan submesingan buatan Israel iaitu jenis Uzi bagi penggunaan polis Ireland khasnya pasukan elit Emergency Response Unit.
  • Pada tahun 2007, Polis Diraja Malaysia telah menempah senjata MP7 ini bagi kegunaan pasukan elitnya iaitu Pasukan Gerakan Khas dan kini unit tersebut telah menggunakannya bagi mempertingkatkan sistem submesingan yang sedia ada selain MP5 dan UMP 9mm.