Sejarah Heckler_&_Koch_MP7

Sebelum ini, negara-negara Barat mempunyai sistem kaliber utama bagi persenjataan yang sedia ada ialah 9 mm. Pada awalnya, ia dianggap efektif sehinggalah sejak akhir-akhir ini dengan pembangunan pesat teknologi sistem kalis peluru serta plat seramik perlindungan, kemampuan sistem senjata yang menggunakan peluru 9 mm ini sudah tidak lagi efektif dan gagal menembusi baju kalis peluru yang dipakai oleh pihak musuh. Ini boleh dibuktikan apabila anggota-anggota bekas pakatan negara WARSAW dan Russia melengkapkan anggota pasukannnya dengan sistem pakaian kalis peluru. Kesatuan Eropah (EU) dan NATO menganggap penggunaan pakaian perlindungan ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

Atas perkara inilah, negara-negara Eropah dan NATO bercadang untuk menghasilkan satu sistem peluru berpiawaian tinggi yang mampu menembusi pakaian perlindungan. Salah satu contoh piawaian ini dinamakan CRISAT atau Collaboration Research Into Small Arms Technology. Sistem ini berkemampuan menembusi sistem pertahanan CRISAT tersebut, iaitu mempunyai ketebalan 1.6 mm plat Titanium dan 20 lapisan fabrik Kevlar dibelakang plat tersebut pada jarak minima 50 meter.

Sebelum ini, sistem persenjataan yang menggunakan sistem tersebut adalah senjata submesingan FN P90 buatan Fabrique Nationale, syarikat persenjataan dari negara Belgium yang juga pengeluar utama pistol Browning HP, mesingan FN MAG dan FN Minimi. FN P90 menggunakan sistem peluru 5.7 x 28 mm yang mana kelopaknya berbentuk kotak memanjang yang dipasangkan pada bahagian atas senjata.