Hegemoni
Hegemoni

Hegemoni

Hegemoni (Bahasa Yunani: ἡγεμονία hēgemonía) ialah penguasaan atau kawalan politik, ekonomi atau tentera sesebuah negara ke atas negara yang lain.[1][2][3][4] Di Yunani Purba (abad ke-8SM — abad ke-6M), hegemoni menandakan penguasaan politik-tentera sesebuah negara kota ke atas negara kota yang lain.[5] Negara yang dominan dikenali sebagai hegemon.[6]Pada abad ke-19, hegemoni datang menandakan "Penguasaan atau kekuasaan sosial atau budaya; penguasaan oleh sesebuah kumpulan dalam masyarakat atau persekitaran". Kemudian, ia boleh digunakan untuk bermaksud "satu kumpulan atau rejim yang menggunakan pengaruh tidak wajar dalam satu masyarakat".[7] Juga, ia boleh digunakan bagi penguasaan geopolitik dan budaya sesebuah negara ke atas yang lain, dari sana terbitlah hegemonism, seperti idea bahawa Kuasa Dunia bermaksud untuk menubuhkan hegemoni Eropah ke atas Asia dan Afrika.[8]Dalam teori hubungan antarabangsa, hegemoni menandakan keadaan (i) asimetri bahan besar memihak satu negara, yang ada (ii) kuasa tentera mencukupi untuk menewaskan secara sistematik mana-mana bakal pesaing dalam sistem, (iii) mengawal akses kepada bahan mentah, sumber asli, modal dan pasaran, (iv) ada kebaikan saing dalam pengeluaran barang nilai tambahan , (v) menjana ideologi yang diterima mencerminkan status quo ini; dan (vi) terbeza fungsi dari negara-negara yang lain dalam sistem, dijangka membekalkan barang awam tertentu seperti keselamatan, atau kestabilan dagangan dan kewangan.[9]Teori Marx bagi hegemoni budaya, associated particularly dengan Antonio Gramsci, ialah idea bahawa golongan pemerintah boleh memanipulasikan sistem nilai dan tatalaku sesebuah masyarakat, supaya pandangan mereka menjadi pandangan dunia (Weltanschauung): dalam kata-kata Terry Eagleton, "Gramsci biasanya menggunakan perkataan hegemony untuk bermaksud cara-cara sesebuah kuasa pemerintah memenangi persetujuan kepada pemerintahnya daripada yang ia kuasai".[10] Berbeza dengan pemerintahan autoritarian, hegemoni budaya "bersifat hegemoni jika yang terkesan olehnya juga bersetuju dan bergelut atas akalnya".[11] Dalam imperialisme budaya, pemimpin negara menentukan politik dalaman dan perwatakan masyarakat negara bawahan yang membentuk lingkungan pengaruh hegemoni, sama ada oleh kerajaan dalaman, tajaan atau oleh kerajaan luaran, terpilih.