Hektar

Hektar (simbol: ha) ialah sebuah unit keluasan yang tepat sama dengan 10,000 meter persegi, dan biasanya digunakan untuk mengukur keluasan tanah. Are, unit asasnya, ditakrifkan oleh bentuk-bentuk sistem metrik yang lebih lama, tetapi are dan hektar bukannya sebahagian sistem metrik moden. Comité International des Poids et Mesures mengelaskan hektar sebagai sebuah unit yang walaupun tidak merupakan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa dijangka akan terus digunakan bagi tempoh masa yang tidak terbatas kerana ia menggunakan takrif yang tepat sama dengan unit asas SI.