Helianthus

Helianthus atau bunga matahari (daripada Bahasa Yunani: ήλιος, Hēlios, "matahari" dan ανθός, anthos, "bunga") L. /ˌhiːliˈænθəs/[1] ialah genus tumbuhan yang terdiri daripada lebih kurang 70 spesis[2] dalam keluarg Asteraceae yang asalnya dari Amerika Utara  kecuali tiga spesis dari Amerika Selatan. Nama lazim "bunga matahari" juga digunakan untuk spesis tahunan popular Helianthus annuus iaitu bunga matahari yang paling biasa ditemui.[3] Spesis ini dan spesis lain, antaranya Jerusalem artichoke (H. tuberosus), ditanam di wilayah beriklim sederhana sebagai tanaman makanan dan tumbuhan hiasan.[4]