Henry_I_dari_England
Henry_I_dari_England

Henry_I_dari_England

Raja Henry I (kira-kira 1068/1069 – 1 Disember 1135) merupakan Raja England pada tahun 1100 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1135. Raja Henry I yang diputerakan di Selby, Yorkshire merupakan paduka putera keempat kepada Raja William si Penakluk dan Ratu Matilda dari Flanders. Baginda mengantikan kakandanya Raja William II yang mangkat dalam kemalangan semasa berburu sebagai Raja England pada tahun 1100 dan mengalahkan adinda lelaki baginda, Robert Curthose, untuk menjadi Duke Normandy pada tahun 1106. Sebagai seorang raja, Raja Henry telah cuba melakukan reformasi sosial. Baginda telah mengeluarkan titah Charter of Liberties yang dianggap pendahulu kepada Magna Carta. Baginda juga mengembalikan semula beberapa undang-undang yang telah diperkenal oleh Raja Edward si Pengaku. Raja Henry I dikenali sebagai Beauclerc disebabkan minat ilmiah baginda dan Singa Keadilan untuk pembaikan yang baginda bawa ke dalam pentadbiran dan perundangan pada masa itu.Raja Henry I mangkat pada 1 Disember 1135 semasa bercemar duli melawat paduka puteri dan cucunda baginda di Normandy. Setelah kemangkatan baginda, paduka puterinya Mathilda dan sepupunya, Stephen, berbalah mengenai siapa yang akan menjadi pemerintah England, dan memulakan perang saudara.

Henry_I_dari_England

Rujukan

WikiPedia: Henry_I_dari_England http://www.britannia.com/history/monarchs/mon24.ht... http://www.datesofhistory.com/Henry-I-England.biog... http://www.friesian.com/ http://www.swuklink.com/BAAAGBAG.php http://www.swuklink.com/BAAAGCBL.php http://www.tribalpages.com/tribes/royalancestralc http://www3.dcs.hull.ac.uk/cgi-bin/gedlkup/n=royal... http://www3.dcs.hull.ac.uk/genealogy/royal/catalog... http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/henr... http://www.royal.gov.uk/output/Page54.asp