Henry_VIII_dari_England
Henry_VIII_dari_England

Henry_VIII_dari_England


Henry VIII (28 Jun 149128 Januari 1547) ialah Raja England dan Lord Ireland (kemudiannya Raja Ireland) dari 22 April 1509 sehingga kemangkatannya. Baginda merupakan raja kedua Dinasti Tudor, selepas mewarisi ayahnya, Henry VII. Henry VIII terkenal kerana berkahwin sebanyak enam kali, "bercerai" dengan dua isterinya melalui pancung kepala, dan akhirnya berpisah dengan Gereja Katolik Rom. Baginda mungkin merupakan raja Inggeris yang paling menggunakan (atau dalam istilah untuk orang yang bukan raja, "menyalahgunakan") kuasanya tanpa terbatas berbanding mana-mana satu raja Inggeris yang lain, dan mengakibatkan Pembubaran Biara.Banyak undang-undang yang utama digubal semasa pemerintahan Henry VIII, termasuk:Henry VIII dikenali sebagai kaki judi dan pemain dadu. Semasa muda lagi, baginda cemerlang dalam sukan, khususnya perlawanan tombak, pemburuan, dan tenis diraja. Baginda juga merupakan ahli muzik, penulis, dan pemuisi yang ulung; muziknya yang paling dikenali ialah Kegiatan Masa Lapang Dengan Teman Yang Menyenangkan (Pastyme With Good Company) (The Kynges Ballade). Henry VIII juga terlibat dalam banyak projek pembinaan tanpa sebarang asas, serta pembaikan sebilangan bangunan yang utama, termasuknya Istana Nonsuch, Gereja Kolej King di Cambridge, dan Gereja Westminster di London. Bangunan-bangunan yang diperbaik sering merupakan harta-harta yang dirampas daripada Thomas Kardinal Wolsey (seperti Christ Church di Oxford, Istana Hampton Court, dan Istana Whitehall) dan Kolej Trinity, Cambridge.

Rujukan

WikiPedia: Henry_VIII_dari_England http://www.tudorplace.com.ar/aboutHenryVIII.htm http://www.archsoc.com/games/Henry.html http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://books.google.com/books?id=oEy_3aDT61sC&vid=... http://books.google.com/books?id=oEy_3aDT61sC&vid=... http://books.google.com/books?id=oEy_3aDT61sC&vid=... http://books.google.com/books?vid=OCLC02338418&id=... http://books.google.com/books?vid=OCLC02338418&id=... http://www.tannerritchie.com/books/letterspapershe... http://www.tudor-portraits.com