Hentian_glotis

Hentian glotis, atau letupan glotis tak bersuara, ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam banyak bahasa lisan. Hentian glotis terdapat dalam bahasa Melayu dalam bentuk huruf k di akhir perkataan atau di akhir suku kata yang diikuti konsonan, contohnya tidak /tidaʔ/. Dalam bahasa Inggeris, konsonan ini diwakili oleh tanda sempang dalam kata seruan uh-oh!, dan juga tanda koma atas atau ʻokina dalam nama Hawaiʻi bagi sesiapa yang ingin menyebut sebutan aslinya dengan sebaik-baiknya.Aksara Abjad Fonetik Antarabangsa yang melambangkan bunyi ini ialah ‹ʔ›. Namanya hentian glotis kerana istilah teknikal untuk jurang antara lipatan vokal yang dirapatkan ketika menghasilkan bunyi ini, ialah glotis.