Hepatitis_C
Hepatitis_C

Hepatitis_C

Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.Hepatitis C adalah penyakit berjangkit yang menjejaskan kesihatan terutamanya hati, yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV).[1] Jangkitan ini sering kali tidak kelihatan/asimptomatik, tetapi jangkitan yang kronik boleh menyebabkan parut pada hati dan akhirnya sirosis, yang secara umumnya jelas berlaku selepas bertahun-tahun. Dalam beberapa kes, mereka yang mempunyai sirosis akan menyebabkan kegagalan hati, barah hati atau esophageal yang mengancam nyawa dan gastrik varises.[1]HCV terutamanya disebarkan melalui hubungan darah dengan darah yang dikaitkan dengan penggunaan dadah suntikan / intravena, peralatah perubatan yang disteril dengan tidak cermat dan pemindahan darah. Dianggarkan sekitar 150–200 juta orang diseluruh dunia dijangkiti dengan hepatitis C.[2][3][4] Kewujudan hepatitis C (pada asalnya dikenal pasti hanya sebagai satu jenis hepatitis bukan-A bukan-B) dijangkakan pada tahun 1970-an dan dibuktikan pada tahun 1989.[5] Hepatitis C menjangkiti hanya manusia dan cimpanzi.[6]Virus ini tekal dalam hati pada sekitar 85% dari mereka yang dijangkiti. Ketekalan ini boleh dirawat melalui perubatan: rawatan piwaian adalah gabungan peginterferon dan ribavirin, dengan saamada boceprevir atau telaprevir ditambah dalam sesetengah kes. Keseluruhannya, 50–80% orang yang dirawat sembuh. Mereka yang mendapat sirosis atau barah hati mungkin memerlukan pemindahan hati. Hepatitis C merupakan punca utama bagi pemindahan hati, sungguhpun virus ini biasanya kembali berlaku selepas pemindahan.[7] Tidak terdapat vaksin bagi menanangani hepatitis C yang ada.

Rujukan

WikiPedia: Hepatitis_C http://books.google.ca/books?id=Uk8xP5LRHr4C&pg=PA... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb5783.htm http://www.emedicine.com/med/topic993.htm http://www.emedicine.com/ped/topic979.htm http://www.journal-of-hepatology.eu/article/S0168-... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19781804 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21666731