Anotasi Heraclius

  1. Sebutan "Empayar Byzantine" ialah istileh relatif moden bagi apa yang disebut Empayar Rom atau Empayar Rom Timur pada zaman Heraclius.[1] Kata "Byzantine" digunakan terawal sekali 900 tahun selepas kematian Heraclius. Ia muncul pada tahun 1557, apabila sejarawan Jerman, Hieronymus Wolf menggubal istilah itu apabila menerbitkan karyanya, Corpus Historiæ Byzantinæ. Istilah ini kemudian dipopularkan oleh para sejarawan Perancis terkemudian.[1]Peradaban-peradaban lain pada masa itu merujuk Empayar Byzantine sebagai Empayar Rom Timur atau hanya Empayar Rom. Dalam dunia-dunia Parsi, Islam dan Slav, identiti Empayar Rom diterima umum. Dalam dunia Islam empayar ini dikenali utamanya sebagai روم (Rum, "Rom").[2][3] Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Nomenklatur Empayar Byzantine