Herman_Tino
Herman_Tino

Herman_Tino

Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1982 - 1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun Bin Tamsi dan berketurunan Jawa.Herman Tino pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1983 dan berjaya mencipta fenomena ketika itu. Lagunya berjaya bertahan di dalam carta lagu radio selama berpuluh minggu ketika itu. Beliau pernah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak pada tahun 1989 sebagai tanda protes terhadap suatu perkara yang sehingga kini masih lagi misteri. Beliau tidak pernah memberitahu apakah sebabnya beliau mengambil keputusan berjalan kaki sejauh itu pada ketika itu. Terbaru, pada tahun 2013 beliau juga telah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjung Karang sebagai simbolik ketika beliau bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 di Parlimen Tanjung Karang. Beliau juga telah muncul berlakon di dalam beberapa drama dan filem tempatan Malaysia.Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan, Kupendam Biarpun Parah dan banyak lagi.

Herman_Tino

Berasal dari Tanjong Karang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Nama lahir Masrun bin Tamisi
Syarikat rakaman EMI
Kelahiran (1954-12-05) 5 Disember 1954 (umur 65)
Genre Asli & POP Melayu
Tahun aktif 1981 - kini