Herodotus
Herodotus

Herodotus

Herodotus [hé-ro-do-tus] (bahasa Yunani kuno: Ἡρόδοτος Hēródotos, disebut [hɛː.ró.do.tos]) adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di HalicarnassusCaria (sekarang digelar BodrumTurki) dan hidup dalam abad kelima SM (sekitar 484–425 SM) sezaman dengan Sokrates. Beliau secara meluas digelar sebagai "Bapa Sejarah"; beliau merupakan ahli sejarah yang pertama diketahui menyimpang daripada tradisi catatan peristiwa gaya Homeros yang lazim pada zamannya dengan mendekati bahan sejarah sebagai satu kaedah penyiasatan — secara khususnya dengan mengumpul bahan-bahan sejarah diperolehi secara sistematik dan kritis serta kemudiannya menyusun bahan-bahan berkenaan dalam Historiografi.Historíai (Ἱστορίαι - The Histories) merupakan salah satu karyanya diketahui penghasilannya yang menerangkan tentang catatan "penyiasatan" mengenai asal usul Perang Yunani-Parsi dan termasuk banyak maklumat geografi dan etnografi. Sebahagian kandungan "penyiasatan" beliau adalah khayalan dan tidak tepat, namun beliau jelas menyatakan bahawa beliau hanya melaporkan apa sahaja yang diberitahu kepadanya.