Kegunaan Hidrogen

Hidrogen digunakan dalam bidang petroleum dan industri kimia dalam jumlah yang besar. Kegunaan terbesar hidrogen ialah dalam pemprosesan bahan api fosil dan penghasilan ammonia. Selain itu, hidrogen juga digunakan dalam penghidrogenan, biasanya dalam meningkatkan tahap ketepuan lemak dan minyak tak tepu, serta dalam penghasilan metanol. Hidrogen juga digunakan sebagai agen penurunan dalam pemprosesan bijih logam.[25]

Gas hidrogen juga digunakan dengan meluas dalam bidang fizik dan kejuruteraan. Gas hidrogen digunakan sebagai gas pelindung dalam sesetengah kaedah kimpalan seperti kimpalan hidrogen gas.[26][27] Gas hidrogen digunakan sebagai penyejuk dalam penjana elektrik kerana gas ini mempunyai kekonduksian haba tertinggi dalam kalangan gas yang wujud. Gas hidrogen pernah digunakan secara meluas sebagai gas pengangkat belon dan kapal udara.[28]

Rujukan

WikiPedia: Hidrogen http://books.google.com/books?id=8erDL_DnsgAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=OI0fTJhydh4C http://books.google.com/books?id=vEwj1WZKThEC&pg=P... http://dictionary.reference.com/browse/organic%20c... http://www.specialwelds.com/underwater-welding/ato... http://adsabs.harvard.edu/abs/2003PhRvL..90h2501K http://adsabs.harvard.edu/abs/2004APS..MAR.m1001D http://adsabs.harvard.edu/abs/2005PAN....68..491G http://chemed.chem.purdue.edu/genchem/topicreview/... http://news.uns.purdue.edu/x/2007a/070515WoodallHy...