Kimia Hidrogen_sulfida

Hidrogen sulfida merupakan hidrida kovalen yang secara kimia berkait dengan air (H2O) kerana oksigen dan sulfur berada dalam golongan yang sama di jadual berkala.

Hidrogen sulfida merupakan asid lemah, terpisah dalam larutan akueus menjadi kation hidrogen H+ dan anion hidrosulfida HS−:

H2S → HS− + H+Ka = 1.3×10−7 mol/L; pKa = 6.89.


Ion sulfida, S2−, dikenali dalam bentuk pepejal tetapi tidak di dalam larutan akueus (oksida). Pemalar perceraian kedua dari hidrogen sulfida sering dinyatakan sekitar 10−13, tetapi kini diketahui bahawa angka ini merupakan ralat yang disebabkan oleh pengoksidaan sulfur dalam larutan alkali. Anggaran terakhir terbaik untuk pKa2 adalah 19±2[1].