Hidrogen_sulfida

Hidrogen sulfida, H2S, adalah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk. Gas ini boleh timbul dari aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (aktiviti anaerobik), seperti di paya, dan saluran pembentungan. Gas ini juga muncul dalam gas yang timbul dari aktiviti gunung berapi.Hidrogen sulfida juga dikenal dengan nama sulfana, sulfur hidrida, gas masam (sour gas), hidrogen bersulfur, asid hidrosulfurik, dan gas kumbahan (sewer gas). IUPAC menerima penamaan "hidrogen sulfida" dan "sulfana"; perkataan terakhir digunakan lebih eksklusif ketika menamakan campuran yang lebih kompleks.