Hidroksil
Hidroksil

Hidroksil

Kumpulan hidroksil mempunyai formula kimia OH. Ia mengandungi oksigen yang terikat kepada hidrogen. Dalam kimia organik, alkohol dan asid karboksilik mengandungi kumpulan hidroksil. Anion [OH−] iaitu hidroksida terdiri daripada kumpulan hidroksil.Menurut peraturan IUPAC, istilah "hidroksil" hanya merujuk kepada radikal OH manakala kumpulan berfungsi −OH dipanggil kumpulan hidroksil.[1]