Hidron_(kimia)
Hidron_(kimia)

Hidron_(kimia)

Dalam kimia, hidron ialah nama umum untuk kation hidrogen positif H+. Hidron ialah nama bagi ion-ion hidrogen positif tanpa mempunyai hubung kait dengan jisim nuklear, atau ion positif terbentuk hasil daripada hidrogen semula jadi (hidrogen yang tidak tertakluk kepada pengasingan isotop). Pada zaman dahulu, perkataan "proton" digunakan sebagai mewakili "hidron", dirinya dan pelbagai lagi perkataan kimia. Walau bagaimanpun, penggunan tersebut adalah salah dari segi teknikal, memandangkan hanya 99.999% dari nukleus hidrogen semula jadi adalah proton; yang selebihnya adalah deuteron dan triton.Hidron telah didefinisikan oleh IUPAC pada 1988.Kation hidrogen dalam bentuk terhidrat ialah ion hidronium H3O+(ak). Atom yang setara dengan hidron tetapi bercas negatif ialah anion hidrid, H-.