Hidrosfera

Hidrosfera (dari Yunani ὕδωρ - hydōr, "air"[1] and σφαῖρα - sphaira, "sphere"[2]) dalam kajian geografi fizikal merujuk kepada kombinasi jisim air yang terdapat pada permukaan bumi. Igor Shiklomanov, yang ditugaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghasilkan laporan inventori sumber air sedunia,[3] menganggar bahawa terdapat lebih daripada 1,386 million padu kilometer di bumi.[4] Ini termasuk air dalam bentuk cecair atau beku di bawah tanah, glasier, lautan, tasik dan sungai. Air masin terdiri daripada 97.5% manakala air tawar hanya terdiri daripada 2.5% sumber air. 68.7% daripada air tawar terdapat dalam bentuk ais dan salji yang meliputi kawasan Artik, Antartik dan kawasan pergunungan. Manakala, 29.9% tertumpu dalam air tawar. Hanya 0.26% daripada kesemua air tawar terdapat di kawasan tasik, takungan dan sungai."[4]Jumlah jisim hidrosfera bumi ialah kira-kira 1.4 × 1018 tan, iaitu kira-kira 0.023% daripada keseluruhan jisim bumi. Kira-kira 20 × 1012 tan daripada jumlah ini merupakan atmosfera Bumi (anggaran satu tan air bersamaan dengan 1 meter padu). Lebih kurang 75% daripada permukaan bumi, bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi diliputi lautan. Purata kemasinan lautan bumi ialah kira-kira 35 gram garam setiap kilogram air laut (3.5%)[5]