Hidupan_liar_di_Malaysia

Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar,sama ada dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata,hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak" Definisi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,2010.Di Malaysia, terdapat banyak spesies unik memandangkan hutan di Malaysia beriklimkan khatulistiwa dan mempunyai hutan hujan yang tebal serta laut yang tidak terlalu dalam. Terdapat beberapa kategori haiwan seperti Mamalia, Reptilia, Hidupan laut dan juga Burung.terdapat beberapa hidupan liar yang menjadi ikonik kepada setiap negeri di Malaysia seperti contoh Kenyalang di Sarawak, heldang di Kedah ,pelanduk di Melaka, kijang di Kelantan dan sebagainya.
Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap hidupan liar banyak dijalankan di Malaysia. Sebagai rakyat yang mesra alam sekitar, kita hendaklah menyokong dan membantu aktiviti seperti ini. Antara aktiviti tersebut termasuklah melalui undang-undang, kempen kesedaran, pusat konservasi dan taman negara, pendidikan alam sekitar, dan penyelidikan dan pembangunan.