Highlight_(kumpulan_muzik)
Highlight_(kumpulan_muzik)

Highlight_(kumpulan_muzik)

Highlight (Hangul: 하이라이트; dulunya dikenali sebagai Beast) merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2009 oleh Cube Entertainment, dan terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Yoon Doo-joon, Yang Yo-seob, Lee Gi-kwang, dan Son Dong-woon. Antara ahli yang telah meninggalkan kumpulan ialah, Jang Hyun-seung secara rasmi meninggalkan kumpulan ini pada 19 April 2016 dan Yong Jun-hyung meninggalkan kumpulan pada Mac 2019.[2][3] Kemudian pada tahun yang sama, lima ahli yang tinggal telah bertukar syarikat dari Cube Entertainment ke Around Us Entertainment dan seterusnya menukar nama mereka ke Highlight pada tahun 2017