Menu
Hikayat Pinggir Air Garis kasar babBab pertama bermula dengan pembebasan 108 makhluk halus, dengan bab kedua menghuraikan kebangkitan Gao Qiu, antagonis utama bagi 108 makhluk tersebut. Selepas bab kedua itu diikuti cerita-cerita tentang berbagai-bagai penjahat. Pada mula-mulanya, cerita ini kelihatan merupakan banyak cerita yang berasingan dan dari satu segi, ini adalah benar. Hubungan antara watak-watak amat kabur. Tetapi cerita itu akhirnya kelihatan berpadu menjelang sekitar Bab 40, semasa pembuangan dan penyelamatan Song Jiang yang kemudian menjadi ketua kepada 108 penjahat itu. Sebaik sahaja watak-watak utama berkumpul di paya yang terletak di Gunung Liang, cerita ini menghuraikan pertempuran-pertempuran dengan dinasti Song. Song Jiang tetap menonjolkan kesetiaannya kepada maharaja dan selepas memenangi banyak pertempuran terhadap angkatan tentera empayar, gerombolan penjahat itu ditawarkan pengampunan dan dijemput oleh maharaja untuk menjadi sebuah angkatan tentera rasmi. Song Jiang menerima jemputan itu dengan rela, tetapi Gao Qiu yang tidak gembira akan mereka, menghantar mereka untuk melawan musuh-musuh dinasti dengan penghabisan yang penuh tragedi.
Garis kasar bab-bab yang berikut berdasarkan edisi 100-bab. Edisi 120-bab yang ditulis oleh Yang termasuk kempen-kempen para penjahat yang lain yang dilakukan bagi pihak dinasti Song, manakala edisi 70-bab oleh Jing tidak memasukkan bab-bab mengenai penerimaan pengampunan oleh para penjahat serta kempen-kempen mereka yang menyusul.
1 | Marsyal Hong membebaskan 108 makhluk halus |
2 | Kebangkitan Gao Qiu |
2–3 | Cerita tentang Shi Jin |
3–7 | Cerita tentang Lu Zhishen |
7–12 | Cerita tentang Lin Chong |
12–13 | Cerita tentang Yang Zhi |
13–20 | Perampasan hadiah-hadiah hari jadi yang diketuai oleh Chao Gai dan "7 yang asal" |
20–22 | Cerita tentang Song Jiang |
23–32 | Cerita tentang Wu Song |
32–35 | Cerita tentang Hua Rong |
36–43 | Pembuangan dan penyelamatan Song Jiang |
44–47 | Cerita tentang Shi Xiu dan Yang Xiong |
47–50 | Tiga serangan ke atas Desa Keluarga Zhu |
51–52 | Cerita tentang Lei Heng dan Zhu Tong |
53–55 | Para penjahat menyerang Gaotangzhou; mencari Gongsun Sheng |
55–57 | Serangan empayar yang pertama ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Huyuan Zhuo) |
57–59 | Para penjahat menyerang Qingzhou |
59–60 | Para penjahat menyerang Gunung Mangdang |
60 | Serangan pertama ke atas Desa Keluarga Zeng; kematian Chao Gai |
60–67 | Cerita tentang Lu Junyi; para penjahat menyerang Damingfu; serangan empayar yang kedua ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Guan Sheng) |
67 | Serangan empayar yang ketiga ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Shan Ting-gui dan Wei Ding-guo) |
68 | Serangan kedua ke atas Desa Keluarga Zeng |
69–70 | Para penjahat menyerang Dongpingfu dan Dongchangfu |
71–74 | 108 orang pahlawan berhimpun dengan sepenuhnya; telatah Li Kui yang lawak tetapi boleh membawa maut |
75–78 | Maharaja menawarkan pengampunan buat pertama kali; Serangan empayar yang keempat ke atas Paya Liangshan |
78–80 | Serangan empayar yang kelima ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Gao Qiu) |
81–82 | Para penjahat diberikan pengampunan |
83–89 | Para penjahat menyerang kaum Tatar Liao |
90–99 | Para penjahat menyerang pemberontak selatan (Fang La) |
100 | Pembubaran para penjahat dari Paya yang tragik |
Versi dilanjutkan memasukkan ekspedisi-ekspedisi gerombolan penjahat terhadap dua orang ketua pemberontak yang terkenal, iaitu Tian Hu di Hebei dan Wang Qing di Szechuan, sebelum gerombolan tersebut terhadap Fang La.
Menu
Hikayat Pinggir Air Garis kasar babBerkaitan
Hikayat Hikayat Hang Tuah Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Tiga Kerajaan Hikayat Seribu Satu Malam Hikayat Seri Rama Hikayat Indera Putera Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Putera Shazlan Hikayat Pinggir AirRujukan
WikiPedia: Hikayat Pinggir Air http://gb2.chinabroadcast.cn/1015/2002-9-24/99@962... http://www.china-on-site.com/pages/comic/comiccata... http://www.goldnets.com/gd/novels/s/sna/shz/ http://homepage3.nifty.com/suikosai/dankin_dir/dan... http://www.poisonpie.com/words/others/somewhat/out... http://www.suikoden.com http://cls.admin.yzu.edu.tw/shz/index.htm https://bukudbp.com/products/hikayat-pinggir-air-j...