Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)
Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)

Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia,Clash of the Empires untuk pasaran United Kingdom) ialah sebuah filem epik/sejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU). Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes, Datuk Haji Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi dan Gavin Stenhouse. Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.Filem ini merupakan filem tempatan kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang (RM 16.6 juta pada tahun 2004) [2]dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 8 juta.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja pada 25 Februari[3].Filem ini telah mengungguli Festival Filem Malaysia ke-24 dengan 8 kemenangan dari 13 pencalonan (termasuk Filem Terbaik). Filem ini juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi di antara pemenang Filem Terbaik FFM iaitu sebanyak RM 6.50 Juta.

Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)

Bahasa Inggeris, Melayu
Muzik oleh Edry Abdul Halim
Pengarah Yusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Penerbit Norman Abdul Halim (eksekutif)
Yusry Abdul Halim (eksekutif)
Edry Abdul Halim (eksekutif)
Penulis Yusry Abdul Halim (Lakon layar)
Pecah panggung RM 6.5 juta
Dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes
Datuk Haji Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Umie Aida
Jing Lusi
Gavin Stenhouse
Negara  Malaysia
Dikisahkan oleh Yusry Abdul Halim (Cerita Asal)
Pengedar Malaysia:
KRU Studios
Perbelanjaan RM 8.0 juta[1]

Rujukan

WikiPedia: Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem) http://pneumedic.blogspot.com/2012/10/keputusan-pe... http://www.budiey.com/filem-hikayat-merong-mahawan... http://www.facebook.com/notes/kru-studios/gua-yusr... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.malaychronicles.com/ http://ohartis.com/2011/03/gambar-review-filem-hik... http://www.ohbulan.com/anugerah-blockbuster-senara... http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=57666 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4harida... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Merongb...