Hikayat_Raja-raja_Pasai
Hikayat_Raja-raja_Pasai

Hikayat_Raja-raja_Pasai

Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini:Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai terletak di Kampung Geudong, Lhokseumawe, utara Aceh, pulau Sumatera, Indonesia.Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf jawi pada lembaran - lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.