Hikayat_Seribu_Satu_Malam

Hikayat Seribu Satu Malam (bahasa Arab: كتاب ألف ليلة وليلة Kitāb 'Alf Laylaṯ wa-Laylaṯ, bahasa Parsi: هزار و یک شب Hazâr-o Yak Šab) ialah sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan yang mengandungi hikayat-hikayat yang diceritakan oleh Scheherazad (bahasa Parsi: Shahrastini) kepada suaminya. Suaminya pun tidak jadi hendak menghukum bunuhnya dan biar dia hidup untuk satu lagi hari.Karya "Seribu Satu Malam" terdiri daripada koleksi hikayat yang dipercaya berasal daripada hikayat-hikayat Parsi, Arab dan India. Cerita-cerita teras mungkin berasal dari India dan disusun dalam sebuah karya Parsi yang bertajuk Hazar Afsanah ("Seribu Legenda"). Susunan Arab Alf Layla ("Seribu Malam") yang wujud pada kira-kira 850, mungkin merupakan terjemahan singkat untuk Hazar Afsanah. Sebilangan unsur-unsurnya boleh didapati dalam sajak Odyssey yang dikatakan ditulis oleh Homer, seorang pemuisi Yunani. Dalam kesusteraan Melayu, hikayat ini yang diterjemahkan atau disadur dari salah satu naskah Arab pada abad ke-14 M, juga dikenali sebagai Hikayat Alfu lailah wa-iailah [1]yang dikelaskan sebagai cerita-cerita berbingkai. Nama terkininya, Alf Layla wa-Layla (terjemahan harfiah: "Seribu Malam dan Satu Malam", iaitu "1001 Malam") mungkin muncul pada masa yang tidak diketahui pada Zaman Pertengahan, dan membayangkan gagasan nombor terhingga trans kerana 1000 mewakili infiniti konsepsi di kalangan ahli-ahli matematik Arab. Menurut legenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi ini akan menjadi gila. Ciri tersendirian Seribu Satu Malam telah direka pada beberapa abad, oleh banyak orang dan dalam karya berlainan, dan banyak telah menjadi termasyur dalam hak mereka tersendiri. Contoh-contoh terkenal termasuk Aladdin, Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun, dan Tujuh Pengembaraan Sinbad seorang Pelayar.