Hilal_Asyraf

Hilal Asyraf atau nama penuhnya Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak bin Kaprawi merupakan seorang penulis muda tempatan yang giat menulis karya-karya berunsur Islamik dengan menjadikan 'Mari Menjadi Hamba' sebagai asas tema untuk setiap penulisan karya-karya beliau.[1] Kebanyakan karya novel dan cerpennya berkitar antara hidupnya bersama orang sekelilingnya. Selain itu, Hilal juga bergiat aktif sebagai penceramah bebas, mengendalikan kem berunsur Islamik dan bengkel-bengkel motivasi. Beliau juga telah dijemput untuk mempromosikan buku motivasinya di rancangan Nasi lemak Kopi 'O TV 9.[2][3]Pada tahun 2010, beliau telah mengasaskan laman web LangitIlahi.com dan pada tahun berikutnya telah mengasaskan pula syarikat LangitIman Resources yang kemudian mempunyai 4 buah cabang di bawah nama produk LangitIlahi.[4]Hilal telah berkahwin dengan Tengku Masyitah binti Tengku Paris, adik kepada sahabatnya Tengku Fahmi, pada 7 Julai 2012.[5]Beliau juga pernah memberi kritikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas persoalan Tun berkenaan Islam.[6]Beliau juga terlibat aktif sebagai ahli HALUAN.[7]

Hilal_Asyraf

Pekerjaan Penulis, kolumnis
Pasangan Tengku Masyitah binti Tengku Paris
Anugerah Hadiah Sastera Johor Kategori Kanak-Kanak (2011)
Nama lain Hilal Asyraf
Terkenal kerana Novel Bisik
Warganegara Malaysia
Kampung asal Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan Ijazah Usuluddin
Laman web Blog peribadi
Kelahiran Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak
(1989-01-16) 16 Januari 1989 (umur 31)
Johor Bahru, Johor
Pusat pendidikan Universiti Yarmouk