Himpunan_Anti_ISA
Himpunan_Anti_ISA

Himpunan_Anti_ISA


Himpunan Anti ISA atau Himpunan MANSUH diadakan pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 di tiga tempat di Kuala Lumpur. Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Pengerusi GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh. Perhimpunan 100,000 rakyat itu merancang untuk berhimpun di beberapa lokasi antaranya di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memansuhkan ISA.[1]Himpunan ini telah ditangguhkan beberapa kali sebelum ini. Ia turut disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia. Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa juga telah menyokong dan menegaskan pendirian menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut.[2] Mereka akan berarak ke Istana Negara dan dijangka bertembung dengan perarakan pro ISA.Lokasi perhimpunan anjuran GMI ialah di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral mulai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuntutan mereka ialah hapuskan ISA, bebaskan tahanan dan tutup kem Kamunting di Taiping.[3]Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.