Hindia_Timur_Belanda
Hindia_Timur_Belanda

Hindia_Timur_Belanda

Hindia Timur Belanda atau Hindia Belanda (Tulisan Jawi: هينديا تيمور بلندا; Bahasa Belanda: Nederlands-Indië) adalah sebuah tanah jajahan Belanda yang menjadi Indonesia yang moden selepas Perang Dunia Kedua.[5] Hindia Timur Belanda terbentuk dari pemiliknegaraan tanah-tanah jajahan bekas Syarikat Hindia Timur Belanda di bawah pentadbiran negara Belanda pada tahun 1800. Sepanjang abad ke-19, segala jajahan dan penguasaan Belanda di kepulauan ini diperluaskan sehingga mencapai takat terluasnya pada awal abad ke-20.[6] Selepas diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, para pejuang kemerdekaan di Hindia Timur ini mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Selepas itu dan sebagai kesan Revolusi Nasional Indonesia, Belanda akhirnya mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada Disember 1948.[7]