Hingar

Hingar (noise) dalam sistem elektronik adalah satu faktor penting dalam operasi sistem telekomunikasi. Hingar ditakrifkan sebagai isyarat yang tidak diperlukan yang mengherot atau merosakkan isyarat yang diperlukan dalam pelbagai cara.Hingar boleh menyebabkan pendengar silap mendengar isyarat asal atau langsung tidak boleh memahami isyarat tersebut.Hingar boleh menyebabkan system penerima tidak berfungsi. Dalam kebanyakan litar sistem perhubungan, litar direka dengan mengandaikan bentuk isyarat yang akan diterima. Jika isyarat yang diterima berbeza dengan andaian tersebut, maka litar tersebut tidak akan berfungsi.