Hipólito_Irigoyen

Juan Hipólito del Sagrado Corazón de Jesús Irigoyen Alem (12 Julai, 1852 – 3 Julai, 1933) telah menjadi presiden Argentina sebanyak dua kali iaitu dari 1916 ke 1922 dan sekali lagi antara 1928 dan 1930. Irigoyen telah diberi nama jolokan "el peludo" (armadilo berbulu) kerana sikapnya yang suka menyendiri dan jarang kelihatan di tempat awam. Mereka yang pro-Irigoyen dikenali sebagai "Personalistas Irigoyenistas" (diterjemah dalam bahasa Melayu: sahabat peribadi Irigoyen), satu label yang buruk kerana ia menunjukkan bahawa mereka ini kroni Irigoyen dan terlampau menyanjunginya. Manakala mereka yang memusuhinya pula dipanggil "anti-personalistas". Awal zaman pemerintahan beliau telah menyaksikan Argentina mencapai tahap yang cemerlang di arena global, di mana pada 1929 negara ini mempunyai KDNK keempat tertinggi di dunia, satu tahap yang tidak pernah dicapai sehingga ke hari ini. Malangnya beliau digulingkan setahun kemudian kerana gagal menangani kemelesetan ekonomi dunia yang teruk pada 1930.