Hitam

Rencana ini adalah berkenaan dengan warna hitam; untuk kegunaan lain, sila lihat: Hitam (nyahkekaburan).
Hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami sewaktu tiada cahaya nampak tiba di mata. Oleh itu, hitam ialah lawan putih yang merupakan kesan yang dihasilkan oleh mana-mana satu gabungan cahaya warna yang sama-sama merangsangkan ketiga-tiga jenis reseptor lihat yang peka warna.Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata "kelihatan hitam". Bagaimanapun, pigmen hitam boleh dihasilkan daripada gabungan pelbagai pigmen yang bersama-sama menyerapkan kesemua warna. Jika ketiga-tiga pigmen warna dasar dicampurkan dengan jumlah yang sesuai, hasilnya akan memantulkan amat sedikit cahaya supaya boleh dikira sebagai "hitam". Yang tertulis di atas memberikan dua pemerian yang nampaknya berlawanan, tetapi sebenarnya saling melengkapi satu sama lain untuk takrif hitam. Hitam ialah ketiadaan kesemua warna cahaya, atau gabungan habisan untuk pigmen-pigmen yang berbilang warna. Sila lihat: Warna-warna dasarDalam bidang fizik, jasad hitam ialah penyerap cahaya yang sempurna, tetapi melalui peraturan yang berasal daripada Albert Einstein, jasad hitam juga merupakan pemancar yang terbaik, sewaktu dipanaskan. Oleh itu, pendinginan menyinar yang terbaik di bawah cahaya matahari ialah penggunaan cat hitam, tetapi adalah penting bahawa bahagian inframerah bagi cat itu harus hitam juga. Dalam sains asas, cahaya ultraungu yang jauh dinamakan "cahaya hitam" kerana tidak kelihatan, cahaya itu menyebabkan banyak mineral dan bahan-bahan yang lain mempendarfosfor.