Ho_Yip_Kap

Ho Yip Kap adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau menang di kawasan DUN Tanah Rata, Pahang dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau bertanding atas tiket Bebas. Beliau mengalahkan calon BN dan DAP dengan majoriti 575 undi. Beliau merupakan anak jati Cameron Highlands serta pernah berkhidmat sebagai Guru Besar di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Beliau merupakan ahli seumur hidup MCA sebelum dipecat selepas bertanding atas tiket Bebas.