Menara Hogwarts

Latar kelas Astronomi yang digunakan dalam filem
  • Menara Astronomi: Untuk kelas Astronomi kerana menara yang tertinggi dan baik sesuai untuk mencerap langit.
  • Menara Pengetua: Di mana terletaknya pejabat pengetua.
  • Menara Utara: disinilah terletaknya pejabat Sybill Trelawney dan kelas Peramalan. Kelas itu berbentuk bulat dan dindingnya diletakkan rak.
  • Menara Gryffindor: Di mana terletaknya Asrama Gryffindor yang terbahagi dua antara asrama lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki asrama perempuan tetapi tidak sebaliknya. Ini kerana pengasas Hogwarts merasakan perempuan lebih dipercayai daripada lelaki. Tangga akan bertukar kepada gelongsor jika pelajar lelaki menaikinya ke asrama perempuan.
  • Menara Barat: Sarang kediaman Burung Hantu.
  • Menara Ravenclaw: Menara ini terletak di bahagian barat istana kota itu. Di sinilah Asrama Ravenclaw dan ruang tamu mereka.