Sejarah Hogwarts

Sejarah Awal

Hogwarts dijumpai lebih seribu tahun dahulu oleh empat orang ahli sihir: Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw, dan Helga Hufflepuff. Selepas penubuhan sekolah ini, Slytherin mengasingkan diri dari pengasas yang lain dan membina Bilik Rahsia untuk keturunannya buka dan membebaskan raksasa Basilisk untuk menghapuskan pelajar kelahiran Muggle.

Sejarah Pertengahan

Lebih kurang tiga ratus tahun selepas sekolah dibuka, Kejohanan Ahli Sihir Trio diwujudkan di antara tiga sekolah sihir yang hebat di Eropah iaitu Hogwarts, Beauxbatons dan Durmstrang. Kejohanan ini dianggap sebagai acara terbaik untuk berinteraksi dengan ahli sihir dari negara lain. Kejohanan ini berterusan sehingga hampir enam abad kemudiannya dan diberhentikan kerana jumlah kematian yang meningkat sehingga 1994.Harry Potter menjadi peserta termuda pernah dicatatkan dalam sejarah apabila tanpa pengetahuannya, seseorang telah memasukkan namanya menjadi salah seorang peserta kejohanan tersebut.

Sejarah Kini

Kewujudan Bilik Rahsia mengancam ketenteraman Hogwarts apabila ia dibuka pada 1942 oleh Tom Riddle iaitu keturunan Slytherin yang kemudiannya dikenali sebagai Lord Voldemort. Bilik tersebut terbuka lagi pada 1992 oleh Ginny Weasley yang di bawah pengaruh Horcrux Lord Voldemort. Walau bagaimanapun, raksasa Basilisk telahpun dibunuh oleh Harry Potter lalu menyelamatkan keadaan di sekolah.

Pada 1994, Kejohanan Ahli Sihir Trio diadakan semula setelah dipertimbangkan semua keselamatan. Walau bagaimanapun, terdapat kesilapan apabila Barty Crouch Jr. menyamar sebagai Alastor Moody dan menyebabkan Kejohanan itu terganggu apabila kali pertama dalam sejarah, wujudnya wira keempat iaitu Harry Potter. Diikuti pula dengan kematian seorang lagi wira iaitu Cedric Diggory dan kebangkitan Voldemort.

Pada 1995, ancaman muncul pula dari Kementerian Sihir apabila mereka menjejaskan sistem Dekri Pendidikan dan membuatkan pengurusan di Hogwarts menjadi kucar-kacir.