Holland
Holland

Holland

HollandHolland adalah satu nama biasa yang digunakan bagi merujuk kepada bahagian barat negara Belanda. Istilah Holland juga kerap digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan Belanda. Penggunaan ini adalah tidak rasmi dan kabur tetapi secara umumnya diterima.[1] Bermula pada kurun ke-10 sehingga kurun ke-16 Holland adalah sebuah kawasan politik yang disatukan, dan diperintah oleh Count dari Holland. Menjelang kurun ke-17, Holland muncul sebagai sebuah kuasa maritim dan ekonomi, menguasai wilayah-wilayah lain di Republik Belanda. Pada hari ini, bekas Kaunti Holland terdiri daripada dua wilayah Belanda iaitu Holland Utara dan Holland Selatan, yang mana bersama-sama mengandungi tiga buah bandar terbesar di Belanda: ibu negara Amsterdam, pusat pentadbiran, The Hague, dan Rotterdam, yang menjadi pelabuhan terbesar di Eropah.