Arrancar Hollow

Rencana utama: Arrancar dalam Bleach

Arrancar (kadang kala ditulis sebagai allankar atau arankaru) merupakan jenis hollow yang telah menanggalkan topeng mereka dan mendapat kuasa shinigami. Perkataan arrancar berasal daripada kata kerja perkataan Sepanyol yang bermaksud "untuk menanggalkan" ataupun "untuk mengoyakkan", merujuk kepada perbuatan arrancar menanggalkan topeng mereka. Berdasarkan manganya pula, arrancar ditulis sebagai arankaru (破面 "koyak topeng") tetapi tiada sebutan Bahasa Jepun yang asal, sebaliknya menggunakan katakana untuk arankaru.

Bilangan hollow yang mampu menanggalkan topeng mereka secara semula jadinya adalah kecil; jika mereka berjaya pun perubahan yang mereka hadapi tidaklah ketara. Aizen Sōsuke berjaya mencipta arrancar tiruan menggunakan "Bulatan Penggubah" (Orb of Distortion) yang memberi potensi yang lebih besar kepada mereka berbanding dengan proses semula jadinya. Proses pembaharuan hollow kepada arrancar disebut shinigami-ka (死神化).

Arrancar berbeza dengan hollow biasa dalam dua ciri: lokasi lubang di tubuh mereka dan topeng mereka yang lebih jelas berkurangan. Apabila hollow diperbaharui menjadi arrancar, peratus persamaan tubuh badan mereka dengan tubuh badan manusia akan meningkat jike tahap kepandaian mereka bertambah. Hanya arrancar bertahap vasto lorde sahaja yang akan sentiasa mengambil bentuk dan sifat seorang manusia. Arrancar dengan tahap kuasa yang tinggi ataupun mencukupi boleh "menyimpan" kuasa-kuasa lebihan dalam bentuk zanpakutō. Berbeza dengan sebilah zanpakutō seorang shinigami, zanpakutō milik para arrancar cuma menyimpan kuasa yang menyembunyikan bentuk asal tuannya. Ini bermaksud apabila para arrancar "membebaskan" zanpakutō mereka, tubuh badan mereka yang asalnya akan mengambil alih untuk masa yang ditetapkan. Pembebasan zanpakutō para arrancar digelar resurrección (perkataan Sepanyol yang bermaksud "pembangkitan"). Arrancar tidak mempunyai pembebasan tahap terakhir.

Arrancar di bawah arahan Aizen mempunyai corak pakaian yang berbeza. Arrancar tersebut memakai sepasang pakaian seragam yang terdiri daripada sebuah jaket putih, pending hitam, hakama putih, sarung kaki hitam dan sandal putih; secara asasnya, pakaian mereka berlawanan dengan pakaian para shinigami.

Kedudukan arrancar

Ahli-ahli Espada.
Aras atas: Nnoitora, Barragan, Grimmjow, Aaroniero, Halibel.
Aras bawah: Yammy, Stark, Ulquiorra, Zaera-Polo, Zomari.

Kedudukan dan pangkat arrancar di bawah kuasa Aizen disusun mengikut tahap kekuatan mereka, walaupun bukan semuanya berada di bawah kuasanya.

Espada (十刃(エスパーダ), Esupāda, bahasa Jepun yang bermaksud "sepuluh bilah," bahasa Sepanyol untuk "pedang") merupakan sekumpulan arrancar yang berkedudukan tertinggi dikalangan arrancar Aizen. Setiap ahli Espada dipilih kerana kehebatan mereka beraksi dalam pertempuran dan kemudiannya diberi kedudukan diantara 1 hingga 10 yang menandakan pangkat dan tahap kuasa mereka; tatu di tubuh mereka menandakan nombor mereka di kalangan Espada (sebagai contoh, Grimmjow mempunyai tatu di bahagian bawah belakangnya). Espada diberi kuasa mengawal dan mengarah Número. Para Espada adalah pahlawan arrancar yang terhebat dikalangannya dan kekuatan mereka jauh menandingi Numero biasa. Menurut Aaroniero Arleri, beliau merupakan satu-satunya ahli Espada yang pernah menjadi gillian sebelum melalui pembaharuan. Espada terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita.[1]

Números (数字持ち(ヌメロス), Numerosu, bahasa Jepun yang bermaksud "pemegang nombor," bahasa Sepanyol untuk "nombor") merupakan arrancar yang sebelumnya pernah menjadi menos. Mereka diberikan nombor dua digit di saat mereka dilahirkan dari 11 hingga 99. (Número 11 adalah yang sulung, manakala yang 99 adalah yang bongsu). Mereka dikenalpasti sebagai pahlawan yang pakar. Pakaian seragam asas Número terdiri daripada jaket putih berkolar dan jubah yang diikat pending hitam. Namun begitu, pakaian mereka sering diubahsuai, memberi mereka ciri-ciri tersendiri. Tahap kecekapan Número dalam pertempuran dianggap paling hebat diantara arrancar yang lain (kecuali para Espada ataupun bekas ahlinya).

Fracción (従属官(フラシオン), Furashion, bahasa Jepun yang bermaksud "pegawai kecil-kecilan," bahasa Sepanyol untuk "pecahan") merupakan subseksyen Número yang berkhidmat secara terus dengan setiap satu ahli Espada. Bilangan Fracción yang berkhidmat untuk satu-satu Espada tidak sama; Stark dan Nnoitra Jiruga mempunyai seorang Fracción sahaja, manakala Szayel Aporro Granz mempunyai sekurang-kurangnya dua belas Fracción.

Privaron Espada (十刃落ち(プリバロン・エスパーダ), Puribaron Esupāda, bahasa Jepun yang bermaksud "sepuluh bilah yang telah jatuh," bahasa Sepanyol untuk "pedang yang dilucutkan") merupakan kumpulan bekas ahli Espada yang dilucutkan pangkat mereka dan diberikan nombor tiga digit. Disebabkan mereka bekas Espada, mereka merupakan arrancar yang lebih hebat berbanding dengan arrancar Número biasa. Mereka tinggal di Tres Cifras yang membawa maksud "nombor tiga digit" (selepas diterjemahkan daripada Bahasa Sepanyol). Seperti yang dijelaskan oleh Dordonii, Espada yang dicipta secara "semula jadi" ini telah dianggap lapuk oleh Aizen sebaik sahaja dia mula mencipta arrancar secara tiruan mengikut standard dirinya sendiri.[2]

Exequias (葬討部隊(エクセキアス), Ekusekiasu, bahasa Jepun yang bermaksud "skuad penyerang maut," bahasa Sepanyol untuk "upacara pengebumian") merupakan arrancar di bawah bahagian hukuman di mana mereka diarahkan menghapuskan penceroboh dan pemberontak.[3]