Kebolehan Hollow

Seperti seorang shinigami, Hollow juga mempunyai sejumlah kemahiran dan kebolehan yang besar, setiap daripada kebolehan ini selalunya unik untuk tiap-tiap satu hollow. Para hollow yang lebih hebat selalunya boleh menggunakan kebolehan-kebolehan yang jauh lebih hebat dan berkuasa berbanding dengan kuasa mereka tersendiri. Hollow selalunya mendapat tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kuasa mereka dengan melapah ataupun memakan roh-roh mati, tetapi sebaik sehaja mereka berada di kawasan-kawasan yang mempunyai kuasa semangat yang tinggi seperti Hueco Mundo, mereka boleh menjana semula kuasa mereka dengan "menyedut" udara dan menukarnya menjadi makanan mereka.[4]

  • Bala (虚弾(バラ), Bara, bahasa Jepun yang bermaksud "peluru hollow," bahasa Sepanyol untuk "peluru") merupakan serangan alternatif terhadap cero yang lebih lemah tetapi dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Teknik ini memampatkan tenaga semangat penggunanya dan dihasilkan hampir dua puluh kali lebih cepat berbanding serangan cero biasa.
  • Cero (虚閃(セロ), Sero, bahasa Jepun untuk "kilat hollow," bahasa Sepanyol untuk "kosong", dilabel sebagai "Tembakan Maut" dalam manga Viz) merupakan pelancaran tenaga kuasa yang boleh dilepaskan melalui tangan ataupun mulut. Setakat ini, hanya menos, arrancar dan vizard sahaja yang pernah ditunjukkan menggunakan serangan ini. Lebih tinggi tahap satu-satu hollow, lebih cekap penggunaan cero mereka. Hollow biasa yang kuat masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka berupaya untuk menggunakan serangan ini, namun Kurosaki Ichigo berupaya menggunakannya semasa dirinya diambil alih hollow sepenuhnya semasa latihannya bersama para vizard.
  • Garganta (黒腔(ガルガンタ), Garuganta, bahasa Jepun yang bermaksud "rongga hitam," bahasa Sepanyol untuk "tekak") merupakan kaedah arrancar bergerak dari dan ke Hueco Mundo. Kaname Tōsen telah menunjukkan demonstrasi menggunakan teknik ini. Teknik ini mengoyak buka fabrik dimensi yang memisahkan dunia-dunia, mendedahkan sebuah terowong dipenuhi pusaran, hujanan kuasa yang perlu difokuskan dan dikeraskan untuk mencipta sebuah lorong yang dapat dilihat. Apabila digunakan, teknik ini membuka sebuah dimensi fabrik seperti sebuah pintu.
  • Hierro (鋼皮(イエロ), Iero, bahasa Jepun yang bermaksud "kulit besi," bahasa Sepanyol untuk "besi") merujuk kepada ketebalan atau kekuatan kulit para arrancar. Kulit mereka yang tahan lasak ini adalah disebabkan mampatan kuasa semangat mereka.[5] Walaupun kulit mereka cukup tebal untuk menahan serangan sebilah zanpakutō yang dilepaskan begitu saja, kulit mereka bukannya tidak boleh ditembusi. Lebih hebat arrancar itu, lebih lasak ketahanan kulitnya.
  • Negación (反膜(ネガシオン), Negashion, bahasa Jepun yang bermaksud "membran pembalas," bahasa Sepanyol untuk "nafi/sangkal") merupakan medan yang digunakan untuk menyelamatkan para hollow. Hanya menos tahap gillian sahaja yang pernah menggunakannya. Medan negación mengepong sasaran dalam sebuah cahaya berbentuk segi empat, menghantar sasaran ke dimensi yang lain, justeru mereka selamat daripada serangan luar. Kemudiannya, sasaran itu akan ditarik ke arah menos yang mencipta medan tersebut.[6] Espada mempunyai sejenis alatan berbentuk kiub yang digelar Caja Negación (反膜の匪(カハ・ネガシオン), Kaha Negashion, bahasa Jepun yang bermaksud "penyangkalan pembalas membran," bahasa Sepanyol untuk "Kotak Penyangkalan") yang berperanan untuk mencipta medan-medan negación, yang digunakan untuk menghukum pembantu-pembantu mereka jika diperlukan. Kiub tersebut, jika digunakan ke atas seseorang, akan memerangkap mereka di sebuah dimensi alternatif yang tiada jalan keluar; namun, ini adalah benar jika ianya digunakan selaras dengan peranan yang perlu dimainkan objek itu. Arrancar yang lebih berkuasa, terutamanya golongan Espada sendiri, boleh melepaskan diri mereka jika diberikan masa yang mencukupi.[7]
  • Pesquisa (探査回路(ペスキス), Pesukisu, bahasa Jepun yang bermaksud "litar penyelidikan", bahasa Sepanyol untuk "penyelidikan") merupakan kebolehan para arrancar untuk mengesan kehadiran semangat, bersamaan dengan kuasa seorang shinigami yang juga dapat mengesan kehadiran semangat.[8]
  • Sonido (響転(ソニード), Sonīdo, bahasa Jepun yang bermaksud "revolusi bergema," bahasa Sepanyol untuk "bunyi") merupakan kebolehan para arrancar untuk berlangkah laju seperti pergerakan langkah kilat ataupun hirenkyaku seorang Quincy.[9] Sonido membolehkan arrancar untuk bergerak dengan kelajuan yang mustahil di antara dua jarak kecil. Penggunaan sonido dihasilkan oleh bunyi statik dalam jangka masa yang pendek, bertentangan dengan bunyi "swish" yang dihasilkan oleh pergerakan langkah kilat shinigami.
  • Gonzui (魂吸(ゴンズイ), gonzui, bahasa Jepun yang bermaksud "hembusan roh") merupakan kebolehan yang digunakan Yammy untuk memerah keluar roh daripada manusia yang masih hidup dan menghisap roh mereka. Teknik ini berkesan ke atas mereka dengan semangat yang rendah. Teknik ini disebut sebagai teknik generik seorang arrancar dalam salah sebuah "Segmen Penyelidikan Arrancar" siri anime Bleach.