Holodomor
Holodomor

Holodomor

Holodomor (dalam bahasa Ukraine: Голодомор) ialah peristiwa pembunuhan dan kebuluran beramai-rami pada 1932-1933 di Ukraine. Hampir 7 juta mati kebuluran akibat regim kezaliman Kesatuan Soviet yang mengamalkan dasar Josef Stalin dengan tujuan menghapuskan semangat kebangsaan rakyat Ukraine. Seramai 25,000 penduduk kampung meninggal dunia setiap hari atau pada kadar 1,000 orang sejam atau 17 orang seminit. Purata jangka hayat penduduk Ukraine pada 1933 ialah 7.3 tahun bagi lelaki dan 10.9 tahun bagi wanita, manakala dalam kalangan kanak-kanak, satu daripada setiap tiga orang, meninggal dunia. Peristiwa ini sama dahsyatnya dengan peristiwa "Holokus" yang dilakukan oleh Adolf Hitler terhadap kaum Yahudi di Jerman.Sejarawan Kesatuan Soviet menyembunyikan segala fakta kekejaman negara tirai besi itu semasa menjajah dan menguasai Ukraine. Tetapi sejarawan British Robert Conquest dalam bukunya bertajuk "The Harvest of Sorrow" menjelaskan peristiwa itu dengan jelas.

Rujukan

WikiPedia: Holodomor http://www.consellgeneral.ad/micg/webconsell.nsf/0... http://www1.hcdn.gov.ar/folio-cgi-bin/om_isapi.dll... http://www.senado.gov.ar/web/senadores/prley.php?i... http://www.revistafatorbrasil.com.br/ver_noticia.p... http://www2.camara.gov.br/comissoes/cdhm/projetos.... http://www.ucrania.org.br/asp10/artigos/artigos_vi... http://www.ucrania.org.br/html/noticias.html http://www.parl.gc.ca/37/2/parlbus/chambus/senate/... http://pm.gc.ca/eng/media.asp?category=3&id=1915 http://www.camara.cl/diario/noticia.asp?vid=28589