Hooliganisme

Samseng atau istilah hooliganisme bola sepak bukan satu perkara asing dalam bola sepak. Ia biasanya melibatkan konflik termasuk pertempuran atau serangan antara kumpulan-kumpulan penyokong kelab bola sepak atau pasukan kebangsaan. Di kebanyakan negara Eropah seperti England dan Poland, kumpulan penyangak bola sepak ini dikenali sebagai firms atau hooligan iaitu organisasi penyokong yang ditubuhkan bagi tujuan khusus untuk menakutkan dan menyerang penyokong pasukan-pasukan lain. Di sebahagian negara Eropah seperti Itali dan Turki, Afrika dan Asia pula, ia dikenali sebagai ultras iaitu daripada bahasa Itali, oltre yang membawa maksud berlebih-lebihan. Di Amerika Latin pula, kumpulan ini dikenali sebagai Barra Brava dan Torcida organizada.Hooliganisme ini sebernanya kumpulan penyokong fanatik yang terlalu taksub akan pasukan bola sepak yang diminati. Kumpulan ini sering merusuh dan melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan bola sepak. Keganasan ini bukan berlaku secara spontan tetapi telah diatur dan didalangi oleh organisasi-organisasi penyokong ini. Antara tindakan ganas yang dilakukan oleh merek aialah menyerang penyokong pasukan lawan, memusnahkan kedai, kereta dan pelbagai bentuk vandalisme harta benda.Namun, mereka ini bukanlah kumpulan gengster yang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti mengedar dadah, merompak dan sebagainya tetapi lebih kepada gengster dalam sukan bola sepak.Setiap kelab bola sepak mempunyai organisasi penyokong fanatik mereka sendiri. Antara yang popular ialah dari kelab Arsenal (Gooners, The Hard), Aston Villa (Steamers, C-Crew, Villa Hardcore, Villa Youth), Birmingham City (Zulus, Zulu's Warriors, Zulu's Army), Derby County (Derby Lunatic Fringe), Chelsea (Headhunters), Everton (County Road Cutters), Liverpool (The Urchins), Leeds United (Leeds Service Crew), Middlesbrough (Middlesbrough Frontline), Newcastle United (Gremlins, Newcastle Mainline Express NME), Manchester United (Red Army), Portsmouth (6.57 Crew), Tottenham Hotspur (Yid Army) dan yang paling terkenal Inter City Firms (ICF) dari West Ham United.