Plot Hooperz

Hooperz mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Variasi watak dan latar belakang dalam pasukan ini dihimpunkan menjadikan sebuah kisah yang menarik. Gelangang bola jaring menjadi tempat bagi mereka untuk lari dari kehidupan rutin mereka yang membosankan.

Kesemua mereka ini kemudiannya membentuk sebuah pasukan bola jaring yang dinamakan Hooperz. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap watak-watak ni, namun ia tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan.