Hopea
Hopea

Hopea

Hopea ialah nama botani untuk satu genus tumbuhan yang malar hijau. Bagaimanapun, pengelasan genus ini amat menyusahkan, disebabkan genus ini tidak mempunyai sempadan yang jelas dengan genus-genus yang lain dalam famili ini. Sesetengah subgenus adalah amat berkait dengan Shorea, dan Neobalanocarpus. Hopea berbeza dengan Shorea hanya dari segi bentuk lobus kaliksnya ketika berbuah, iaitu tiga lobus yang lebih panjang dan dua lobus yang lebih pendek dalam Shorea, berbanding dengan dua lobus yang lebih panjang dan tiga lobus yang lebih pendek dalam Hopea.Genus Hopea terdiri daripada 112 spesies yang tersebar dari Sri Lanka ke Bangladesh, India, Myanmar, China Selatan, Hainan, Indochina, dan Malaysia.