Horace_Slughorn

Horace E. F. Slughorn ialah salah satu watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling dan muncul buat kali pertamanya dalam siri ke-6 iaitu Half-Blood Prince. Beliau merupakan salah seorang kawan baik dan dipercayai oleh Albus Dumbledore serta antara rakan sejawat lama Dumbledore. Slughorn merupakan seorang guru di Sekolah Sihir Hogwarts yang lama berkhidmat sebagai pengajar mata pelajaran Posyen serta merupakan Ketua Rumah Slytherin sejak tahun 1940-an hinggalah ketika persaraannya iaitu selepas penggal 1980-1981. Berikutan persaraannya dan kebangkitan Voldemort, Slughorn bersembunyi dari semua pihak ketika konflik mula melanda dunia sihir. Walau bagaimanapun, selepas meletakkan Snape menjawat sebagai pengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Dumbledore menjejaki Slughorn dan meyakinkannya untuk menggantikan Snape mengajar subjek Posyen.Slughorn digambarkan sebagai "penumpang yang berpemandu", menggunakan semua hubungan (terutamanya pelajar yang dijemputnya ke "Kelab Slug;" lihat bawah) untuk mendapatkan apa yang diingininya. Beliau bukanlah menipu atau kekurangan etika, tetapi sering berlaku baik dan melakukan sesuatu yang diingini orang dengan harapan orang itu akan memberikan ganjaran semula kepadanya. Beliau membantu ahli sihir yang berbakat untuk mendapatkan kerja yang sesuai, dan menjaga pandangan meritokrasi, namun, dengan pandangannya yang menganggap semua yang berdarah tulen mempunyai bakat yang lebih, beliau tidak memperkecilkan status keturunan, malah agak terkejut gembira dengan kemunculan bakat dari mereka yang berkelahiran Muggle ataupun berdarah kacukan seperti Hermione Granger atau, tahun-tahun sebelumnya, Lily Evans. Slughorn merupakan salah satu watak Slytherin yang tidak mengikut ciri rumah: walaupun beliau mementingkan layanan diri dan tidak melanggar peraturan, beliau tidak juga berkelakuan hampir tidak berakhlak serta tidak terkawal, walaupun itu ciri biasa bagi rumah itu. Beliau tidak memilih kasih seperti yang dilakukan Snape, tetapi seperti yang ditunjukkan, tidaklah bangga malah malu mempunyai anak didik ini, Tom Marvolo Riddle, memandangkan menanyakan Slughorn berkenaan Horcrux. Slughorn juga tidak mengetatkan kriteria untuk pembelajaran Posyen Lanjutan berbanding pengajar yang terdahulu, dengan merendahkan gred yang diperlukan berbanding O (Cemerlang) kepada E (Melepasi Jangkaan). Perubahan saat akhir membolehkan Harry dan Ron mengambil Posyen untuk peringat USSM. Walau bagaimanapun, memandangkan Harry tidak menjangkakan yang dia akan mengambil subjek itu, dia tidak membunyai bahan yang diperlukan, dan Slughorn meminjamkan buku teks lama hingga Harry dapat membelinya sendiri. Ketika kelas pertamanya, Slughorn menawarkan Felix Felicis kepada pelajar yang dapat merenih Ubat Mayat Hidup yang terbaik. Harry memenanginya dengan bantuan catatan yang terconteng di dalam buku teks yang dipinjam, yang sebenarnya kepunyaan Snape. Harry berterusan menggunakan buku itu di kelas dengan jayanya, menyebabkan Slughorn menyatakan berulang kali yang Harry mewarisi bakat ibunya dalam Posyen. Harry kemudian menggunakan Felix Felicis untuk mendapatkan ingatan daripada Slughorn dan kemudian melindungi rakannya daripad Death Eater yang menyerang istana.
Harry Potter | Ron Weasley | Hermione Granger | Albus Dumbledore | Severus Snape | Lord Voldemort People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |