Hortikultur
Hortikultur

Hortikultur

Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap.[1] Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan, dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi ini yang membezakan antara tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya. Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan, iaitu yang digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau tujuan estetik.[2]