Hosni_Mubarak
Hosni_Mubarak

Hosni_Mubarak

Muhammad Hosni Sayyid Mubarak (Bahasa Arab: محمد حسني سيد مبارك‎, Muḥammad Ḥusnī Sayyid Mubārak; lahir 4 Mei 1928[1]) adalah Presiden Mesir ke-4 antara 1981 dan 2011. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komander dalam Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat pada 1975, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.[2]Beliau mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011.[3][4] Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat mengenai tuduhan menyogok dan menyalahgunakan kuasa.[5]

Hosni_Mubarak

Lahir Muhammad Hosni Sayyid Mubarak
(1928-05-04) 4 Mei 1928 (umur 91)
Kafr-El Meselha, Mesir
Pangkat Ketua Marsyal Udara
Didahului oleh Raúl Castro
Tandatangan
Digantikan oleh Mohamed Hussein Tantawi
Pasangan Suzanne Mubarak
Parti politik Parti Demokratik Nasional
Kesetiaan Mesir
Anak-anak Alaa Mubarak
Gamal Mubarak
Perkhidmatan/cawangan Tentera Udara Mesir
Presiden Anwar Sadat
Perdana Menteri Ahmad Fuad Mohieddin
Kamal Hassan Ali
Ali Mahmoud Lutfi
Atef Sedki
Kamal Ganzouri
Atef Ebeid
Ahmed Nazif
Ahmed Shafik
Naib Presiden Omar Suleiman