Hospital_Raja_Permaisuri_Bainun

Hospital Raja Permaisuri Bainun atau dahulunya Hospital Ipoh merupakan sebuah hospital kerajaan di Ipoh, Perak, Malaysia. Ia mula dibina pada 1981 sebagai Hospital Daerah dengan kemudahan 50 buah katil. Hospital Ipoh kemudiannya telah dinaiktaraf sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Pada tahun 1980, sebuah bangunan utama 8 tingkat siap dibina dan beberapa bangunan sokongan lain turut dibina. Antara bangunan lain yang dibina termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005). Dengan peningkatan infrastruktur dan tenaga kerja, pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ia memiliki sebanyak 990 katil.