Hospital_Sultanah_Maliha
Hospital_Sultanah_Maliha

Hospital_Sultanah_Maliha

Hospital Langkawi merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Langkawi, Kedah, Malaysia.Hospital Langkawi merupakan sebuah hospital daerah yang dibuka pada November 1995 bagi menggantikan klinik kerajaan lama di Kuah. Ia terletak 7km dari bandar Kuah dan 10 km daripada lapangan terbang. Ia dibina oleh syarikat pembinaan Sweden, Skanska Pamarajv, di atas tapak seluas 53 ekar dan dilengkapi dengan kuarters untuk doktor dan anggota perubatan. Ia merupakan hospital moden dan menawarkan perkhidmatan pakar yang mampu menangani kebanyakan kecermasan, ia turut menawarkan pengangkutan udara ke hospital Alor Setar di tanah besar bagi kes teruk.