Hospital_Tuanku_Ja'afar
Hospital_Tuanku_Ja'afar

Hospital_Tuanku_Ja'afar

Hospital Tuanku Jaafar atau juga dikenali sebagai Hospital Seremban merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan hospital rujukan bagi Negeri Sembilan. Hospital Tuanku Jaafar terletak sekitar 80 kilometer selatan Kuala Lumpur. Batu asas Hospital Tuanku Jaafar diletakkan oleh Y.B. Encik Bahaman bin Samsudin, Menteri Kesihatan pada 5 November 1966. Ia diisytiharkan dibuka oleh DYMM Tuanku Ja'afar Al-Haj AL-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 29 Mac 1969. Hospital Tuanku Jaafar terdiri daripada bangunan setinggi 8 tingkat dan terletak di Bukit Rasah, Seremban menduduki kawasan seluas 212 ekar. Ia dilengkapi dengan 800 katil dan 20 pakar kesihatan dan pelbagai khidmat sokongan.