Hoverkraf
Hoverkraf

Hoverkraf

Hoverkraf adalah sejenis kapal yang mempunyai kemampuan bergerak di atas berbagai jenis permukaan tanah, air, lumpur, ais, dan sebagainya. Kenderaan hibrid ini lebih dikendalikan seakan pesawat dengan seorang juruterbang yang mengoperasikannya.Kenderaan ini menggunakan sistem peniup untuk menghasilkan sejumlah besar kandungan udara di bawah kapal itu yang mempunyai tekanan yang kurang berbanding tekanan udara disekelilingnya. Perbezaan tekanan udara antara tekanan udara di bawah lambung kapal yang lebih tinggi daripada tekanan udara di sekeliling menghasilkan daya angkat yang menyebabkan kapal terapung di atas permukaan. Udara biasanya ditiup melalui slot atau lubang di sekitar luar platfrom berbentuk cakera atau bujur agar kenderaan bergerak dengan lebih stabil, justeru kebanyakan model hoverkraf cenderung berbentuk segi empat yang melengkung. Kusyen udara yang memberikan daya angkat hoverkraf ini terkandung dalam sejenis "skirt" fleksibel, yang membolehkannya bergerak melepasi halangan-halangan kecil tanpa meninggalkan apa-apa kerosakan.Reka bentuk hoverkraf yang praktikal pertama kalinya muncul daripada suatu ciptaan dari Britain pada sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Hoverkraf kini sekarang banyak digunakan di seluruh dunia sebagai pengangkutan khusus untuk tujuan bantuan bencana, pengawalan pantai, ketenteraan dan ukur tanah, serta juga tujuan kesukanan dan perkhidmatan awam.