How_It's_Made

How It's Made merupakan salah satu rancangan televisyen yang memaparkan kisah bagaimana barangan dan produk yang sering kita gunakan dihasilkan. Rancangan ini dihasilkan di Quebec, Kanada dan disiarkan dalam format televisyen definisi tinggi (HDTV) di banyak negara oleh dua saluran televisyen iaitu Discovery Channel dan Discovery Science.