Huawei
Huawei

Huawei

Huawei Technologies Co. Ltd. (/ˈhwɑːˌw/; Cina ringkas: 华为; Cina tradisional: 華為; pinyin:  Huáwéi) merupakan syarikat multinasional China yang menghasilkan alat-alat rangkaian telekomunikasi yang berpusat di Shenzhen, Guangdong.[2][3][4][5] Syarikat tersebut merupakan pembuat alat-alat telekomunikasi yang terbesar di dunia dan mengambil alih tempat pertama Ericson pada tahun 2012.Huawei ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera Ren Zhengfei pada tahun 1987 sebagai syarikat sendirian yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Misi terasnya adalah untuk membina rangkaian telekomunikasi, membekalkan perkhidmatan khidmat nasihat dan alat-alat operasi kepada pasaran pengguna. Huawei mempunyai lebih dari 140,000 pekerja dan 46% daripadanya melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).[6][7] Huawei mempunyai 21 institut R&D di banyak negara termasuk China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Pakistan, Jerman, Colombia, Sweden, Ireland, India, Rusia dan Turki, dan US$5 bilion dilaburkan dalam R&D pada tahun 2013.[8][9]Pada tahun 2010, Huawei merekodkan keuntungan sebanyak 23.8 bilion CNY (3.7 billion USD). Produk dan perkhidmatannya digunakan di lebih dari 140 negara dan Huawei member perkhidmatan kepada 45 daripada 50 operator telekom yang terbesar di dunia..[10][11]

Huawei

Pendapatan operasi ▲ CN¥73.287 bilion AS$10.689 bilion (2018)
Industri Peralatan telekomunikasi
Peralatan rangkaian
Elektronik pengguna
Pemilik
  • Huawei Investment & Holding Co. Ltd (1987–kini)
  • 96,768 pekerja
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Jumlah aset ▲ CN¥665.792 bilion AS$97.109 bilion (2018)
Pendapatan bersih ▲ CN¥59.345 bilion AS$8.656 bilion (2018)
Bilangan pekerja 188,000 (2018)
Anak syarikat HiSilicon
Honor
Jumlah ekuiti ▲ CN¥233.065 bilion AS$33.994 bilion (2018)
Perancang utama Liang Hua (Pengerusi)
Ren Zhengfei (Pengasas & CEO)
Meng Wanzhou (Timbalan Pengerusi & CFO)
Zhou Daiqi (Setiausaha Parti)
Guo Ping (Timbalan Pengerusi)
Xu Zhijun (Timbalan Pengerusi)
Hu Houkun (Timbalan Pengerusi)
Ibu pejabat Shenzhen, Guangdong, China
Pengasas Ren Zhengfei
Laman sesawang Huawei
Keluaran Rangkaian jalur lebar mudah alih dan tetap, perundingan dan perkhidmatan terurus, teknologi multimedia, telefon pintar, komputer tablet, dongle
Ditubuhkan 1987; 33 tahun yang lalu (1987)
Hasil CN¥721.202 bilion AS$105.191 bilion (2018)
Nama asal 华为技术有限公司
Jenis Swasta