Sejarah Huawei

Tahun-tahun awal

Huawei ditubuhkan oleh Ren Zhengfei pada tahun 1987 dengan modal berdaftar awal sebanyak RMB 21,000. Huawei ditubuhkan di Shenzhen dan bermula sebagai ejen jualan sebuah syarikat Hong Kong yang menghasilkan suis untuk pertukaran cawangan swasta (PBX). Menjelang 1990, Huawei memulakan penyelidikannya sendiri dan pengkomersilan teknologi PBX yang ditujukan kepada hotel and syarikat kecil. Selepas Huawei mengumpul pengteahuan dan sumber yang diperlukan, Huawei berjaya memasuki pasaran telekomunikasi arus perdana pada tahun 1992, apabila syarikat itu melancarkan swis telefon digital C&C08nya yang menjadi kapasiti sius yang terbesar di China. Bermula dari bandar-bandar kecil dan kawasan pedalaman, syarikat itu memperoleh syer pasaran dan memasuki pasaran arus perdana secara beransur-ansur.

Pengembangan antarabangsa

Pejabat Huawei di Voorburg, NetherlandsPejabat Huawei di Ontario, Canada

Pada tahun 1997, Huawei memenangi kontrak luar negara yang pertama yang membekalkan produk rangkaian talian tetap kepada syarikat Hong Kong Hutchison Whampoa. Pada tahun yang sama, Huawei melancarkan produk wayarles berasaskan GSM dan kemudian berkembang kepada pembekalan CDMA dan UMTS. Pada tahun 1999, syarikat itu membuka pusat penyelidikan dan perkembangan (R&D) di Bangalore, India untuk memajukan pelbagai jenis perisian telekom. Dari 1998 ke 2003, Huawei berkontrak dengan IBM untuk khidmat nasihat pengrurusan dan menjalani transformasi yang signifikan dalam struktur pengrusan dan perkembangan produk. Selepas tahun 2000, Huawei mempercepat kelajuannnya dalam pengembangan kepada pasaran luar Negara dan menubuhkan pusat R&D di Stockholm, Sweden. Pada tahun 2001, Huawei menubuhkan empat pusat R&D di Amerika Syarikat, melepaskan anak syarikatnya Avansys kepada Emerson untuk US$750 juta dan menyertai Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Menjelang 2002, syer pasaran antarabangsa Huawei mencapai US$552 juta.

Pada tahun 2004, Huawei meneruskan pengembangannya di luar Negara dengan kontrak yang membina rangkaian generasi ketiga untuk Telfort, operator mudah alih Belanda. Kontrak yang bernilai lebih $US25 juta ini merupakan kontrak yang pertama di Eropah jika dibanding dengan kontrak yang sama jenisnya.

Pada tahun 2005, kontrak antabangsa Huawei melebihi jualan dalam Negara buat kali pertama. Huawei menandatangani Perjanjian Kerangka Kerja Global dengan Vodafone. Perjanjian ini menandakan kali pertama pembekal dari China menerima status Pembekal Diluluskan daripada Rantaian Bekalan Global Huawei. Perjanjian ini telah menetapkan terma dan syarat untuk produk Huawei yang dibekalkan kepada mana-mana syarikat operasi Vodafone di seluruh dunia. Huawei juga menandatangani kontrak dengan Telekom British(BT) untuk penempatan MSANnya dan juga peralatan penghantaran untuk Rangkaian Abad ke-21 (21 CN) BT yang membekalkan BT dan industry-industri telekomunikasi UK infrastruktur yang diperlukan untuk menampung pertumbuhan pada masa depan kerana syarikat-syarikat tersebut bergantung kepada pelbagai pembekal.

Pada Mei 2008, Huawei dan Optus membuka pusat inovasi mudah alih di Sydney, Australia, dan membekalkan kemudahan kepada jurutera untuk mengembangkan konsep baru tentang jalur lebar wayarles dan mudah alih kepada penghasilan produk yang “sedia dijual di pasaran”. Pada tahun 2008, syarikat itu memulakan penempatan komersil UMTS/ HSPA secara berskala besar di Amerika Utara untuk membekalkan akses mudah alih berkelajuan tinggi kepada rangkaian wayarles generasi baru TELUS dan Bell Canada.

Huawei memulakan rangkaian komersil LTE/EPC yang pertama di dunia untuk TeliaSonera in Oslo, Norway pada tahun 2009. Syarikat itu melancarkan hujung-ke-hujung penyelesaian 100G yang pertama di dunia daripada penghala kepada system penghantaran pada tahun yang sama, untuk membantu menembangkan trafik rangkaian mempertingkatkan keutuhan dan effisiensi penghala.

Pada Julai 2010, Huawei dimasukkan ke dalam Senarai Fortune Gl0bal 500 2010 yang diterbit oleh Fortune, majalah Amerika Syarikat buat kali pertama, dengan kekuatan yang jualan tahunannya sebanyak US$21.8 bilion dan untung bersih sebanyak US$2.67 bilion. Pada akhir tahun 2010, Huawei dilaporkan bahawa mempunyai rancangan untuk melaburkan lebih kurang US$500 juta untuk mendirikan kemudahan pembuatan alat-alat telekom di Tamil Nadu, India dan US$100 juta untuk mengembangkan pusat R&Dnya di Bangalore.

Pada Oktober 2012, Huawei mengumumkan bahawa ibu pejabat UKnya akan dipindah ke Green Park, Reading, Berkshire. Syarikat itu juga menjadi penaja utama pelancongan musim panas Jonas Brothers 2013 untuk meningkatkan imejnya.

Pada September 2013, Huawei membuka pejabat baru di Regina, Saskatchewan, Kanada. Huawei bekerjasama dengan pembawa tempatan SaskTel untuk membina HSPA+ dan rangkaian LTE. Syarikat itu juga mengumunkan bahawa SaskTel akan menggunakan telefon pintar Ascend Y300 baru Huawei.

Pada Oktober 2013, Huawei dipilih TDC A/S sebagai pembekal tunggal untuk memodenkan rangkaian GSM/UMTS/LTE seluruh Negara di Denmark dan membekalkan perkhidmatan pengurusan untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak adalah melebihi $700 juta untuk seluruh tempoh perjanjian.

Pelaburan dan Perkongsian

Huawei berfokus kepada pemgembangan teknologi mudah alih dan penyelesaian rangkaiannya melalui perkongsian. Pada Mac 2003, Huawei dan 3Com Corporation membentuk syarikat usaha sama 3Com-Huawei (H3C) yang berfokus kepada R&D, penghasilan dan perjualan produk rangkaian data. Syarikat itu kemudian melepaskan 49% pegangan syer di H3C untuk US$880 juta pada tahun 2006. Pada tahun 22005, Huawei bermula sebuah syarikat usaha sama dengan Siemens yang dikenali sebagai TD Tech untuk menghasilkan produk teknologi komunikasi alih mudah 3G/ TD-SCDMA. Pelaburan sebanyak US$880 juta memberikan 49% pegangan syer kepada Huawei manakala Siemens memegang syer sebanyak 51%. Pada tahun 2007, Siemens memindahkan semua syer yang dipegang kepada Nokia Siemens Networks setelah Nokia dan Siemens bersama-sama menubuhkan syarikat tersebut. Pada masa ini, Nokia Siemens Networks and Huawei mempunyai memegang 51% dan 49% syer masing-masing.

Pada tahun 2006, Huawei menubuhkan pusat R&D di Shanghai bersama dengan Motorola untuk mengembangkan teknologi UMTS. Pada tahun itu, Huawei juga menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan Telekom Venezuela yang digelar sebagai Industria Electronica Orinoquia untuk R&D dan perjualan terminal telekomunikasi. Telekom Venezuela memegang sebanyak 65% syer manakala Huawei memegang 35%.

Huawei dan firma sekuriti Amerika Symantec mengumunkan pada Mei 2007 tentang penubuhan syarikat usaha sama untuk menigkatkan tahap sekuriti dan penyelesaian storan untuk pasaran dan pembawa telekomunikasi. Huawei pada mulanya memiliki 51% syer syarikat baru dan menamakannya Huawei Symantec Inc. dan yang selebihnya dimiliki Symantec. Syarikat itu berpusat di Chengdu. Pada Mac 2012, Symantec mengumunkan perjualan bahagian syernya kepada Huawei.

Grameenphone Ltd. dan Huawei memenangi Green Mobile Award pada GSMA Mobile Awards 2009. Pada Mac 2009, Forum Wimax mengumumkan empat ahli baru dalam Lembaga Pengarahnya dan salah seorangnya Thomas Lee, Naib Pengarah Jabatan Piawai Industri di Huawei.

Pada tahun 2008, Huawei menubuhkan syarikat usaha sama dengan Global Marine Systems, syarikat jurutera marin di UK untuk menghasilkan peralatan rangkaian dasar laut dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

Prestasi terkini

Pada April 2011, Huawei mengumunkan keuntungan meningkat sebanyak 30% pada tahun 2010, didorong oleh pertumbuhan yang signifikan di pasaran luar Negara, dengan keuntungan bersih yang meningkat kepada RMB23.76 bilion (US$3.64 bilion; £2.23 bllion) daripada RMB18.27 bilion di 2009. Pada tahun 2010, perjualan di luar negara China terus menjadi dorongan utama dalam perniagaan Huawei. Pendapatan luar Negara meningkat sebanyak 34% kepada RMB120.41 bilion pada tahun 2010 daripada RMB90.02 bilion pada tahun 2009, kebanyakannya dari Amerika Utara dan Rusia. Pendapatan dalam Negara meningkat 9.7% ke RMB64.77 bilion, disebabkan operator telekom utama di Negara itu mengurangkan pelaburan mereka pada tahun lepas.

Keuntungan Huawei pada tahun 2010 mengandungi 15.7% daripada $78.56 bilion pasaran infrastruktur rangkaian pembawa global, mendudukkan syarikat itu di tempat kedua selepas Telefon AB L.M. Ericsson yang mempunyai 19.6%, menurut firma kajian pasaran Gartner.

Huawei bermatlamat untuk mencapai keuntungan sebanyak $150 juta melalui penyelesaian perniagaan perusahaannya di India dalam 12 bulan yang akan datang. Syarikat itu menafikan penggunaan tajaan kerajaan China untuk mendapat syer pasaran global setelah dituduh oleh ahli parlimen Amerika Syarikat dan pegawai Kesatuan Eropah yang syarikat itu terlibat dalam persaingan tidak adil.